I AM A BLUR KIDDO.

Monday, 11 May 2015

Over TERASA sungguh dia ni.

Assalamualaikum.

Kali ni ada isu lagi. And I think it’s quite tak logic langsung okay. Semua aku post ada sorang hamba Allah ni nak terasa gila. Aku pon tak tahu kenapa. Benda aku post tu sharing untuk public, bukan private. Kalau aku nak tuju kat dia, dah lama aku pm dia. Benda tu pon macam budak kecik sensitip nya. Aku rasa budak kecik pon takde sensitip macam tu kot.

Aku tahu aku ni ilmu agama pon seciput lagi dalam diri ni. Hamba Allah tu ilmu agama menggunung. Tapi sikit-sikit nak bangkang and then terasa. Mak aih. Rendah sangat dia pandang orang kurang ilmu agama macam aku ni. Kalau betol la kau salah, memang patut lah kau terasa kot. Tapi tak payah lah sampai nak balas dengan kata-kata yang perghh mantop sungguh ayat. Kau pulak terlebih terasa.

HAHH! Tak paham sungguh aku dengan manusia zaman sekarang ni. Ada je benda tak puas hati. Kalau tanya private kang duk ceramah panjang lebar dengan kata-kata fatwa dia yang tetap dia nak menang. Maklum lah orang banyak ilmu and pandai berkata-kata kannn. So you know what? I’m going to sit, relax, enjoy and just wait and see what exactly and how far he can go with that kind of attitude, meanwhile I’m gonna keep on posting that sharing text or pictures and others.


P/s: ILMU tu kan untuk dikongsi.

Wassalam.

Friday, 8 May 2015

Kahwin awal? Tak payah laa.

Assalamualaikum.

Aku setuju dengan idea kahwin awal tapi ada jugak condition yang logik kita kena pikir. Bagi aku, kalau dah yakin boleh didik anak orang, teruskan. Yeee, pasal duit pon kena pikir jugak. Tapi bukan bermakna kau tak keje lagi tak boleh kawen. It's very subjective and descriptive sebenarnya. Tapi bagi aku, bila kau ada income yang cukup alhamdulillah untuk teruskan hidup after kahwin, teruskan. Tak payah laa nak tunggu sampai dapat sebijik Ferrari baru nak kahwin. Lol.

Bukan si lelaki je kena pikir pasal duit. Pihak pompuan pon okayyy. Nak buat majlis gempak atau kecil and biasa-biasa jee, tu hak masing-masing. Aku punya perancangan pasal majlis, biar antara aku dengan bakal jela tahu. (macam tahu jee siapa bakal, lol). Tapi sebaiknya bersederhana kan? Krikk krikk krikk.

Sebenarnya aku nak share satu so-called-discussion antara aku dengan someone ni. Dia tanya lah bila aku nak kahwin? Aku pon cakap laa, tengok lah cemana nanti sebab plan dengan serious pon tak lagi. Then tetiba dia sentuh pasal family. "Kan kau kata nak tolong mak kau dulu. Kalau nak si dia guide kau, tak kahwin pon boleh". Aku terkejut jugak lah dia cakap macam tu.

So point nya kat sini, semua orang ada pendapat masing-masing. Kalau kau contact dengan si dia without any halal relationship pon, kau ingat Allah suka? Kau dah biasa macam tu, takpe laa. Kau kata nak tolong family kau and dah stabil nanti baru nak kahwin. Tapi sekarang aku tengok kau dok spend duit and masa dengan awek kau apa kes? Macam cakap tak serupa bikin pulak. Heee.

Tapi takpe. Macam aku cakap awal-awal tadi. Nak kahwin awal atau tak, itu hak and pendapat masing-masing. Lepas kahwin inshaaAllah ada rezeki Allah bagi and rezeki ni bukan duit jee. As usual, MINDSET kena ubah and please OPEN-MINDED.

P/s: Kelakar tengok orang yang hebat berkata-kata tapi dia tidak bertindak seiring dengan kata-katanya itu. ;)

Wassalam.

Thursday, 7 May 2015

Totally different.

Assalamualaikum.

Aku baru lepas habis battle. Tu yang 'rajin' nak potpet kat blog. Kehkeh.

Back to the topic. Serious-duariously (perosak bahasa sungguh!), kat sini memang macam-macam ragam manusia yang aku jumpa dan aku terpaksa get through it. Sampai kadang-kadang rasa nak give up pon ada kot. Okay, aku tak sepatutnya cakap 'terpaksa get through it' because ini semua ujian dari Allah jugak. As usual, look for the positive side. *cakap depan cermin*

Tapi, it's about the ATTITUDE. Bukan nak kata aku ni dah bagus sangat sampai nak cakap pasal attitude orang. Tapi, the environment here is TOTALLY DIFFERENT from before, which is time aku kat Sabah dulu. Dulu pon, bukan orang Sabah je member aku. Orang semenanjung pon ada. But the thing is, dulu semua SPORTING and OPEN-MINDED okayyy. Jujur dari hati ni. Cewah!

Bukan aku tak pernah ada konflik time kat Sabah. Aku ni kat mana-mana pon akan ada konflik. Hahaha. Troublemaker lah katakannn. But you know what? Even ada konflik bagai, as we are growing up, we are being more matured (bukan aku sorang, dorang pon). So, aku dah lupakan and let go. Sekarang tegur je semua. Alhamdulillah, everything seems okay right now.

So, apa yang aku jumpa sekarang, memang jauh panggang dari api lah. Memang offensive gila. Sikit-sikit nak jeles, cakap belakang and sarcastic. Aku pon tak paham dorang nak apa sebenarnya. Aku tahu ada yang rasa apa yang aku rasa ni. Tapi semua stok diam and buat tak tahu. Bukan lah nak suruh pergi serang atau buli orang yang tak open-minded tu, tapi bagi aku, kita ni dah besar. Memang dah 20++ semuanya. So, sepatutnya cakap direct. Tak payah bermuka-muka atau makan dalam. Tapi nak cakap direct pon kena lah beralas jugak. Jangan keluarkan kata-kata yang mintak makan penampor pulak. Hahaha.

Aku pernah tanya direct kat sorang ni. "Kau ada tak puas hati pape ke dengan aku?". Aku tanya dengan muka sengih kottt. Aku tanya macam tu sebab aku dengar dia cakap belakang pasal aku. And then, dia jawab "takde". Pastu aku pon dah malas nak paksa dia mengaku tapi after that aku wassap dia and aku cakap kat dia, kalau ada pape bagitau je. Tapi bila pikir balik, yelah, siapa nak mengaku kalau dia kentut kan? Hahaha. Okay, bukan nak cerita pasal orang tu, but the point is, be HONEST. Bukan kena bayar pon. Nak-nak bila kita dah willing nak cakap and tanya depan-depan. Bukannya aku bawak samseng untuk jadi bodyguard aku sampai dia taknak mengaku. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay jugak. Kitorang dah okay macam biasa. Tapi aku jadi makin insecure. Takot tetiba ada orang terasa or bengang or marah dengan aku tapi dorang diam jeee. Please guys. Kalau diam je, macam mana lah aku nak tahu. Then tetiba dengar orang cakap belakang and tak puas hati dengan aku. Bengang and sedih lah aku. *lap hingus*

Sooo, ubah pemikiran kita. Jangan sempitkan pemikiran tu dengan benda-benda yang typical and lapok and kolot and please, jangan dengar cerita dari orang lain pasal someone tu. Be open-minded. Ya Allah, serious aku rindu gila geng-geng open-minded; Kak Ika, Fifah, Biela, Dhio, Kak Beep, Azie, Ida and banyak lagi lahhh. Macam aku cakap sebelum ni. Bukannya aku tak pernah ada konflik dengan dorang ni, tapi bila open-minded, takde cakap belakang and amalkan cakap direct, inshaaAllah and alhamdulillah semua dah okay.

Aku tulis ni pon bukan nak carik salah orang. Aku pon sama jugak. Aku cuma nak share and kita amik jernih from here. I think that's it for this year. Hahaha. Yelah, setahun sekali post entry lah katakan. Hee. Thank you for reading even tak menarik. *high five!*

Wassalam.