I AM A BLUR KIDDO.

Thursday, 7 May 2015

Totally different.

Assalamualaikum.

Aku baru lepas habis battle. Tu yang 'rajin' nak potpet kat blog. Kehkeh.

Back to the topic. Serious-duariously (perosak bahasa sungguh!), kat sini memang macam-macam ragam manusia yang aku jumpa dan aku terpaksa get through it. Sampai kadang-kadang rasa nak give up pon ada kot. Okay, aku tak sepatutnya cakap 'terpaksa get through it' because ini semua ujian dari Allah jugak. As usual, look for the positive side. *cakap depan cermin*

Tapi, it's about the ATTITUDE. Bukan nak kata aku ni dah bagus sangat sampai nak cakap pasal attitude orang. Tapi, the environment here is TOTALLY DIFFERENT from before, which is time aku kat Sabah dulu. Dulu pon, bukan orang Sabah je member aku. Orang semenanjung pon ada. But the thing is, dulu semua SPORTING and OPEN-MINDED okayyy. Jujur dari hati ni. Cewah!

Bukan aku tak pernah ada konflik time kat Sabah. Aku ni kat mana-mana pon akan ada konflik. Hahaha. Troublemaker lah katakannn. But you know what? Even ada konflik bagai, as we are growing up, we are being more matured (bukan aku sorang, dorang pon). So, aku dah lupakan and let go. Sekarang tegur je semua. Alhamdulillah, everything seems okay right now.

So, apa yang aku jumpa sekarang, memang jauh panggang dari api lah. Memang offensive gila. Sikit-sikit nak jeles, cakap belakang and sarcastic. Aku pon tak paham dorang nak apa sebenarnya. Aku tahu ada yang rasa apa yang aku rasa ni. Tapi semua stok diam and buat tak tahu. Bukan lah nak suruh pergi serang atau buli orang yang tak open-minded tu, tapi bagi aku, kita ni dah besar. Memang dah 20++ semuanya. So, sepatutnya cakap direct. Tak payah bermuka-muka atau makan dalam. Tapi nak cakap direct pon kena lah beralas jugak. Jangan keluarkan kata-kata yang mintak makan penampor pulak. Hahaha.

Aku pernah tanya direct kat sorang ni. "Kau ada tak puas hati pape ke dengan aku?". Aku tanya dengan muka sengih kottt. Aku tanya macam tu sebab aku dengar dia cakap belakang pasal aku. And then, dia jawab "takde". Pastu aku pon dah malas nak paksa dia mengaku tapi after that aku wassap dia and aku cakap kat dia, kalau ada pape bagitau je. Tapi bila pikir balik, yelah, siapa nak mengaku kalau dia kentut kan? Hahaha. Okay, bukan nak cerita pasal orang tu, but the point is, be HONEST. Bukan kena bayar pon. Nak-nak bila kita dah willing nak cakap and tanya depan-depan. Bukannya aku bawak samseng untuk jadi bodyguard aku sampai dia taknak mengaku. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, sekarang semuanya dah okay jugak. Kitorang dah okay macam biasa. Tapi aku jadi makin insecure. Takot tetiba ada orang terasa or bengang or marah dengan aku tapi dorang diam jeee. Please guys. Kalau diam je, macam mana lah aku nak tahu. Then tetiba dengar orang cakap belakang and tak puas hati dengan aku. Bengang and sedih lah aku. *lap hingus*

Sooo, ubah pemikiran kita. Jangan sempitkan pemikiran tu dengan benda-benda yang typical and lapok and kolot and please, jangan dengar cerita dari orang lain pasal someone tu. Be open-minded. Ya Allah, serious aku rindu gila geng-geng open-minded; Kak Ika, Fifah, Biela, Dhio, Kak Beep, Azie, Ida and banyak lagi lahhh. Macam aku cakap sebelum ni. Bukannya aku tak pernah ada konflik dengan dorang ni, tapi bila open-minded, takde cakap belakang and amalkan cakap direct, inshaaAllah and alhamdulillah semua dah okay.

Aku tulis ni pon bukan nak carik salah orang. Aku pon sama jugak. Aku cuma nak share and kita amik jernih from here. I think that's it for this year. Hahaha. Yelah, setahun sekali post entry lah katakan. Hee. Thank you for reading even tak menarik. *high five!*

Wassalam.

No comments: